Tuesday, July 27, 2010

Ikut Dalil dan Fakta

Apa sahaja pandangan tentang Islam yang menyanggahi al-Quran atau as-Sunnah atau asas-asas kemaslahatan yang digariskan oleh syariah adalah tertolak tanpa mengira siapa pun tokohnya.Maka pendapat setiap orang sekalipun dia mufti, atau tuk guru atau ustaz, boleh diterima atau ditolak kecuali al-Quran dan as-Sunnah. Pendapat sesiapa pun (meskipun ulama besar) berhak untuk dipertikaikan selagi tidak menepati nas-nas al-Quran dan as-Sunnah.Tiada siapa pun yang maksum dalam Islam melainkan rasul yang diutuskan. Setiap pandangan agama oleh seorang tokoh atau ustaz bukan semestinya ditelan bulat-bulat. Firman Allah SWT:

Maksudnya:
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (Surah al-Israa' 17:36)
- Rujuk buku Mengemudi Bahtera Perubahan Minda, karya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, ms. 2

Taklid Buta Kepada Amalan Tradisi:

Kebanyakan amalan bid'ah yang masih diamalkan oleh umat Islam di negara ini merupakan amalan yang diwarisi daripada generasi terdahulu. Malah tidak dinafikan bahawa terdapat amalan-amalan kita yang dipengaruhi fahaman agama hindudan anisme yang dianuti kaum melayu sebelum kedatangan Islam. Amalan-amalan ini telah dicampuradukkan dengan ibadah-ibadah dalam Islam.

Sebagai contoh, amalan memperingati arwah setelah 7hari, 40hari, 100hari selepas kematian mempunyai unsur agama hindu. Amalan ini lalu ditamnah denhan zikir-zikir serta bacaan al-Quran agar kelihatan seperti sebahagian daripada ajaran Islam. Oleh kerana amalan tersebut telah sebati dalam masyarakat, maka ramai antara kita yang menganggap amalan-amalan tersebut tidak bertentangan dengan syarak. Malah ada yang menyangkakan sebahagian daripada sunnah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w dan termasuk dalam ajaran Imam al-Syafi'e.

Kenyataan 'kami hanya menerima amalan turun-temurun daripada nenek moyang kami dan menolak pendapat yang bertentangan dengannya' juga bertentangan dengan ajaran Islam. Malah, ia bukan cara amalan nenek moyang yang diwarisi secara turun-temurun merupakan budaya masyarakat jahiliah yang pernah diperangi oleh Rasulullah s.a.w.

Ternyata budaya taklid buta dan amalan bid'ah merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Amalan bid'ah sering terjadi kerana sikap taklid buta. Taklid adalah mengamalkan sesuatu perkara atau mengikut sesuatu pendapat tanpa mengetahui dalil yang menyokong amal atau pendapat tersebut.

Sikap taksub yang terdapat pada diri mereka ini menjadikan amalan bid'ah yang dipegang sukar untuk ditinggalkan. Seringkali seseorang bertaklid buta kepada individu yang mereka hormati atau mereka anggap memiliki ilmu agama yang tinggi. Demikian yang terjadinya amalan-amalan bid'ah tersebut. Kebiasaannya, ia amalan-amalan seseorang yang dianggap tokoh agama walaupun pada hakikatnya dia masih jahil dalam banyak ilmu-ilmu berkaitan Islam.

Taklid buta timbul akibat sikap mengambil mudah dalam uruasn agama dan malas untuk mendalami ilmu agama. Oleh itu, jalan pintas yang lebih mudah adalah dengan menurut sahaja pandangan-pandangan yang telah sebati dalam masyarakat.

Begitu juga dengan mereka yang melakukan amalan bid'ah. Glongan ini lebih cenderung untuk menganbil jalan mudah dalamn hal-hal keagamaan, iaitu dengan menerima bulat-bulat sesuatu amalan tanpa usul periksa. Kedua-dua golongan tersebut adalah golongan yang malas mengkaji.

Oleh kerana eratnya ikatan antara taklid dan bid'ah, maka kita akan dapati mereka yang mengamalkan bid'ah pasti mempunyai sikap suka bertaklid buta. Begitu juga mereka yang suka berlaklid buta, mereka pasti akan cenderung untuk melakukan amalan-amalan bid'ah.

Mari kita perhatikan kaedah yang betul berhubung ibadah adalah:

"Hukum asal bagi segala ibadah itu adalah haram(untuk melaksanakannya) kecuali terdapat dalil yang mensyariatkannya daripada al-Quran dan as-Sunnah."

Menurut Syeikh al- Islam Ibn Taymiyyah r.h pula menyebut dalam kitabnya Majmu' al-Fatawa, jilid 31, ms 35:

"Semua ibadah dan ketaatan bagi mendekatkan diri kepada ALLAH adalah berdasarkan dalil daripada Kitabullah (al-Quran) dan as-sunnah RasulNYA. Seseorang tidak boleh menjadikan sesuatu perbuatan sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kepada ALLAH selagi tidak ada dalil syarie (membolehkan ibadah tersebut)."
- Rujuk buku Bid'ah Hasanah tokok tambah amalan Rasulullah, karya Mohd Yaakub Mohd Yunus, ms. 59-65

No comments:

Post a Comment