Thursday, July 9, 2009

Teka-Teki..Jawab la kalau berani...:)

Cerita Lawak : Teka-Teki Giler

1) Teka-teki: Hitam dan berpeluh.. HA.. Ape2??
Jawapan: semut hitam tengah berjogging.. huhuhu
2) Teka-teki: Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?
Jawapan: Seluar dalam ler.. haha
3) Teka-teki: Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi? Jawapan: Kuih lepat liat la sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit! 4) Teka-teki: Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat?
Jawapan: Kotak penalti lah.. wawawa!
5) Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar??? Teka.. teka.. kalo terer! Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar hue hue hue!! 6)
Teka-teki: Bulu bertemu bulu kulit bertemu kulit makin tambah rapat makin nikmat rasanyer! Jawablah kalau bijak sangat! Jawapan: Haah.. mulalah otak kuning, MATA lah jawapan nyer..! 7) Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.
8) Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
Jawapan: lilin masa sambut EPI BESDAY
9) Teka-teki: Scorpion kaler apa?
Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!
10) Teka-teki: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
Jawapan: Kerani..
11) Teka-teki: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia.
Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???
Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!
12) Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak
basah langsung??
Jawapan: Sebab tak hujan aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi soalan bebudak pun takleh nak jawab!!

TAG

1. Nama panggilan saya:
Ude (di rumah), Farid (kawan-kawan),Tuan Farid (amel)hehe
2. Saya sedang mendengar:
Staf-staf saya menceceh je plak kt sini2..borak2 kosong je
3. Kekasih saya sekarang:
Ape lg kete le (Bkn myvi tp MyViva )
4. Mungkin saya patut:
Blajar skill cr korek hidung..coz saya suke tgk adik saya korek dgn nikmatnya(menggunakan kedua2 blah tangan..hehe)sape??
5. Saya suka:
Bila dapat target (sales la..)
6. Sahabat-sahabat baik saya:
Yang kenal saye..
7. Saya tak faham:
??????
8. Kerjaya saya sekarang:
Kerja kat farmasi...
9. Saya baru kehilangan:
@##%&*%@@#! sebab baru je keluar toilet..
10. Ramai yang berkata saya:
Hidung saya cam shah rukh khan..nak tgk?
11. Makna nama saya:
Comfirm la H_ns_m.dah tau kan..
12. Di suatu tempat, seseorang sedang:
Tgh baca buku (unty saye le..nak tambah ilmu di dada)
13. Bila saya terjaga dari tidur:
Saye tidor balik..hehe
14. Saya paling meluat bila:
Makan asam pastu muke berkerut2..:)
15. Saya rasa haiwan yang paling comel adalah:
Amel le..kucing saye..
16. Aktiviti/program hari ini:
Nak tido tp ade cctv la..
17. Malam ini saya akan:
Makan dulu..pastu tgk org main judi(solitaire la..)sape tu??
18. Esok saya akan:
Kerja...
19. Sebelum tidur saya akan:
Tutup mata..
20. Perancangan hujung minggu:
Nak potong rumput kat depan rumah..
21. Saya sedang menanti:
Hujung bulan (nak gaji..)
22. Saya rasa kesal bila:
Tak dapat 5A dalam UPSR 1996?? huhuhu
23. Saya sangat berharap bila:
Dapat melancong lagi..best tau..
24. Saya rasa saya seorang yang:
Belum rasa lagi..
25. Telefon bimbit saya:
Nokia old fesyen..baling anjing pun tak mati (siap senyum lagi 2)
26. Saya sedang merindui:
Dah lame tak tengok EPL nie..(GLORY MAN UTD)
27.Umur saya sekarang:
25 tahun..caye tak??
28. Pengalaman pahit untuk minggu ini:
Tak ade kot..
29. Pengalaman manis untuk minggu ini:
Man Utd dpt cari peganti ronaldo..
30. Kali terakhir tengok wayang:
Pegi wayang tp tertidur..tak tgk la tue..
31. Dalam seminggu saya akan up-date blog sebanyak:
Tak banyak..ikut mood la..
32. Dalam dompet saya ada wang sebanyak:
RM 30 lebih..syiling banyak la..
33. Kali terakhir menonton televisyen:
Semalam tgk horatio (CSI Miami) mati..sedih la..sape nak jd bos?
34. Channel TV kesukaan saya:
101,102,103,131,132,701,811,812,813(kat astro je tau)

Friday, June 19, 2009

Hahahaha...kelakarnya.....


Isteriku LIZA..
"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta. Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza.
"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati. Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya.
Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.
Usin cilok kiri, cilok kanan.
Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur. "Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut."
Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was. "Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...."
Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!! "Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis. PANGGG!! Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.... ...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!! Sekian.
Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi




Selsema Burung..
"Doktor," kata seorang ayah melalui telefon, "Anak lelaki saya menderita Selsema Burung." "Saya tahu,"jawab doktor. "Semalam saya telah ke rumah anda dan memberinya ubat. Pisahkanlah dia dari semua orang yang ada di rumah." "Tapi, doktor," kata ayah yang cemas itu. "Dia telah mencium pembantu rumah kami." "Kasihan. kalau begitu dia juga perlu dikuarantin." "Tapi, doktor, saya juga telah mencium pembantu itu." "Wah, ini rumit. Bererti anda juga sudah menyimpan benih penyakit itu." "Ya, dan tidak lama setelah itu, saya juga mencium isteri saya." "Celaka,"jawab doktor, "Kalau begitu saya sudah dijangkiti."



MANA SATU
"Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir. "Maaf dik..tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?" Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab... "ha'ah" Pelancong itu tidak faham perkataan 'ha'ah'. Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul. Masih dalam kebingungan melintaslah pula seorang remaja di depannya.Lalu sekali lagi dia bertanya.."Maaf dik..tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir?
Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, "Benar" Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan 'benar'. Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul.Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya "Maaf encik.. saya tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?"Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, "Betul." Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk menghapus rasa keraguannya.. dia bertanya lagi..
"Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya 'ha'ah'.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya 'benar'. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab 'betul', tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?"Oh, itu maksudnya sama aja..
Kalau yang menjawab 'ha'ah' bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje...
Kalau yang menjawab 'benar', orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah..dan kalau yang menjawab 'betul' itu pastinya orang itu ada sarjana,
" jawab orang dewasa itu..."Jadi.. Anda tadi menjawab 'betul', bererti snda seorang sarjana ya?" tanya Pelancong lagi..
Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, "ha'ah" HEeeeeeee...



TEH PANAS DAN TEH SEJUK
Di suatu pagi yg menyinar..di warung kopi,terdapat seorang penduduk org asli yg ingin minum pagi di warung tersebut. apabila tuan warung ingin mengambil order..bertanyalah org asli ini.. "berapa harga teh panas dan berapa pula harga teh sejuk"... jawab tuan warung.. "teh panas RM0.70, teh sejuk RM 1.20..."..maka org asli tersebut meminta teh panas.. apabila teh panas telah sampai..cepat2 org asli tersebut meminumnya sampai abis.... pelik tuan warung melihatnya.... lalu beliau bertanya.. "kenapa kamu minum terlalu cepat..tak rase panas ke..??
jawab si org asli tersebut.. "emm..mestilah kene minum cepat teh panas ni, kalau minum lambat nanti jadi teh sejuk, kene plak bayar Rm1.20..saya ada Rm 0.70 ..tuan warung pun tersengih...


Satu hari sedang sepasang lalat tgh dinner kat satu tempat yg romantik.. tibe² si isteri lalat bersuara "bang ,nape kite hari² makan tahi? lalu si suami pun menjawab "isshh..jangan cakap bende² kotor mase makan....... .tak baik tau"

Thursday, May 7, 2009


Uhhh tingginya..nie acara pe aku nak masuk nie..
kuak kupu2 atau renang berirama...arr...
eeee..beraninya brader nie..hati2 yer..
"Majulah Sukan Untuk Negara"

Saturday, May 2, 2009