Friday, June 19, 2009

Hahahaha...kelakarnya.....


Isteriku LIZA..
"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta. Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza.
"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati. Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya.
Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.
Usin cilok kiri, cilok kanan.
Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur. "Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut."
Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was. "Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...."
Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!! "Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis. PANGGG!! Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.... ...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!! Sekian.
Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi




Selsema Burung..
"Doktor," kata seorang ayah melalui telefon, "Anak lelaki saya menderita Selsema Burung." "Saya tahu,"jawab doktor. "Semalam saya telah ke rumah anda dan memberinya ubat. Pisahkanlah dia dari semua orang yang ada di rumah." "Tapi, doktor," kata ayah yang cemas itu. "Dia telah mencium pembantu rumah kami." "Kasihan. kalau begitu dia juga perlu dikuarantin." "Tapi, doktor, saya juga telah mencium pembantu itu." "Wah, ini rumit. Bererti anda juga sudah menyimpan benih penyakit itu." "Ya, dan tidak lama setelah itu, saya juga mencium isteri saya." "Celaka,"jawab doktor, "Kalau begitu saya sudah dijangkiti."



MANA SATU
"Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir. "Maaf dik..tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?" Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab... "ha'ah" Pelancong itu tidak faham perkataan 'ha'ah'. Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul. Masih dalam kebingungan melintaslah pula seorang remaja di depannya.Lalu sekali lagi dia bertanya.."Maaf dik..tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir?
Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, "Benar" Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan 'benar'. Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul.Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya "Maaf encik.. saya tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?"Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, "Betul." Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk menghapus rasa keraguannya.. dia bertanya lagi..
"Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya 'ha'ah'.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya 'benar'. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab 'betul', tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?"Oh, itu maksudnya sama aja..
Kalau yang menjawab 'ha'ah' bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje...
Kalau yang menjawab 'benar', orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah..dan kalau yang menjawab 'betul' itu pastinya orang itu ada sarjana,
" jawab orang dewasa itu..."Jadi.. Anda tadi menjawab 'betul', bererti snda seorang sarjana ya?" tanya Pelancong lagi..
Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, "ha'ah" HEeeeeeee...



TEH PANAS DAN TEH SEJUK
Di suatu pagi yg menyinar..di warung kopi,terdapat seorang penduduk org asli yg ingin minum pagi di warung tersebut. apabila tuan warung ingin mengambil order..bertanyalah org asli ini.. "berapa harga teh panas dan berapa pula harga teh sejuk"... jawab tuan warung.. "teh panas RM0.70, teh sejuk RM 1.20..."..maka org asli tersebut meminta teh panas.. apabila teh panas telah sampai..cepat2 org asli tersebut meminumnya sampai abis.... pelik tuan warung melihatnya.... lalu beliau bertanya.. "kenapa kamu minum terlalu cepat..tak rase panas ke..??
jawab si org asli tersebut.. "emm..mestilah kene minum cepat teh panas ni, kalau minum lambat nanti jadi teh sejuk, kene plak bayar Rm1.20..saya ada Rm 0.70 ..tuan warung pun tersengih...


Satu hari sedang sepasang lalat tgh dinner kat satu tempat yg romantik.. tibe² si isteri lalat bersuara "bang ,nape kite hari² makan tahi? lalu si suami pun menjawab "isshh..jangan cakap bende² kotor mase makan....... .tak baik tau"